MINIT MESYUARAT pertama

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG
KALI PERTAMA SESI 2014 / 2015
SK SERI PRISTANA

TARIKH                   :               20 MAC 2014
HARI                      :               KHAMIS
MASA                    :               4.30 PETANG
TEMPAT               :               BILIK MESYUARAT SKSP

HADIR                   :
1.       En. Ahmad Omar bin Yaman                              (Yang Di-Pertua)
2.       En. Anjiri bin Bolong                                          (Setiausaha)
3.       En. Hasmawi bin Khalid                                     (AJK)
4.       En. Rosli bin Abdullah                                       (AJK)
5.       En. Ruzaidi bin Sidek                                        (AJK)
6.       En .Nadzri bin Kasmooyee                                (AJK)
7.       Pn. Nadia bt Mohamed Ishak                             (AJK)
8.       Pn. Maizatul Akmar bt Hamzah                          (AJK)
9.       Pn. Rohani binti Mohd Noor                              (AJK)
10.    Pn. Rosfazirah bt Kamarudin                            (Bendahari)
TURUT HADIR    :
1.       En. Mohamad Nasir bin Mohd. Noor                 (Guru Besar)
2.       En. Abdul Rahman bin Abdul Karim                  ( PK Kokurikulum)
3.       En. Zulkifli Amin  bin Mohd Jaini                      (PK Petang)

AGENDA              :
1.       UcapanAlu-aluan YDP PIBG

1.1                YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK baru yang hadir. YDP juga mengucapkan tahniah di atas perlantikan semua AJK sebagai AJK PIBG yang baharu bagi tahun 2014.
1.2                YDP meminta agar mesyuarat yang akan datang dapat dimulakan tepat pada waktu yang ditetapkan dan berharap semua AJK baru dapat memberikan komitmen penuh dalam setiap perancangan PIBG bagi tahun 2014.

2.       Ucapan Penasihat (Guru Besar)

2.1                Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian semua AJK yang hadir untuk mesyuarat AJK PIBG kali pertama.
2.2                Guru Besar menyatakan guru-guru yang dilantik sebagai AJK tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat dan mengambil keputusan SPM.
2.3                Guru Besar menyatakan rasa bangga dengan pencapaian sekolah dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah kerana berjaya menjadi johan
2.4                Guru Besar  berterima kasih kasih kepada guru-guru yang terlibat khususnya guru-guru pendidikan islam yang banyak memberikan sumbangan.
2.5                Guru besar mengucapkan tahniah kepada En.Anjiri  kerana berjaya meningkatkan pencapaian Olahraga sehingga menjadi Naib Johan keseluruhandaripada 73 buah sekolah rendah dalam kejohanan MSSD Kuala selangor.
2.6                Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada Kelab SUFA kerana terus memberikan sumbangan dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan kemajuan bola sepak sekolah dan berharap akan terus mengekalkan kecemerlangan sukan tersebut.
2.7                Guru Besar berharap agar semua pemenang dalam mana-mana kejohanan diberikan sumbangan oleh PIBG.
2.8                Guru besar meminta agar PIBG dapat membantu menyediakan sistem “Kad Matrik” atau “Automasi” untuk kegunaan Pusat Sumber Sekolah kerana sistem tersebut memudahkan peminjaman, pemulangan buku malahan mudah untuk mengesan buku-buku yang hilang. Kos untuk penyediaan Sistem tersebut dianggarkan RM2500.
2.9                Guru Besar juga menyatakan bahawa pihak sekolah tidak boleh membeli perisian tersebut menggunakan duit yang diperuntukkan untuk sekolah dan sekali lagi memohon agar PIBG dapat membantu menyediakan sistem “kad matrik “ tersebut.
2.10            Guru Besar juga menyatakan P.A Sistem selalunya disewa untuk kebanyakan program-program sekolah  melalui pihak luar dan memerlukan kos berterusan yang banyak, justeru itu Guru Besar meminta PIBg agar dapat menyumbang RM5000 – RM10,000 untuk membeli P.A Sistem yang berkualiti.
2.11            Guru besar turut menegaskan bahawa kutipan sumbangan PIBG sepatutnya sudah berjalan.






3.       Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali Kesembilan sesi 2013/2014

3.1                Pn.Rohani binti Mohd Noor mencadangkan Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali Kesembilan disahkan dan disokong oleh En.Hasmawi bin Khalid.

4.       Perkara-perkaraberbangkit

4.1                Berkaitan dengan aduan ibu bapa yang kurang berpuasati dengan buku latihan tambahan. Guru Besar menerangkan bahawa ibu bapa murid lebih bertanggungjawab dengan perkembangan dan pembelajaran anak-anak mereka dan tujuan pembelian buku tambahan tersebut adalah selaras untuk semua kelas.
4.2                Berkaitan perkara 4.3 iaitu membuat FAQ ( Frequently Asked Questions) di laman Facebook PIBG. YDP meminta agar semua aduan-aduan yang dikemukan selepas ini mestilah secara bertulis dan dihantar melalui saluran yang lebih baik seperti email atau dihantar terus kepada pejabat sekolah.
4.3                YDP juga tidak bersetuju sekiranya aduan dibuat melalui Facebook PIBG atau mana-mana laman sosial yang lain serta meminta agar mengeluarkan nama ibu bapa yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan atau komen-komen yang berbaur ugutan,cabaran,aduan atau apa-apa perkara yang sepatutnya boleh dibincangkan terus dengan pihak sekolah.
4.4                Guru Besar memaklumkan bahawa ibu bapa boleh berhubung terus melalui  FROG VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya ) yang berasaskan internet sebagai satu rangkaian sosial tiga hala iaitu guru, murid dan ibu bapa khusus untuk sekolah.

5.       Laporan Kewangan

5.1                Pn.Rosfaziran  binti Kamarudin, Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan terkini dan  menerangkan beberapa akaun yang ditumpangkan bersama akaun PIBG.
5.2                Guru Besaar meminta agar semua AJK PIBG dan perasmi untuk Mesyuarat Agung diberikan cenderahati.
5.3                YDP bertanya berkenaan bayaran untuk pekerja keselamatan dan Bendahari menyatakan bayaran telahpun dibuat sebelum ini dan akan melunaskan pembayaan untuk bulan Mac pada akhir bulan.
5.4                YDP meminta anggaran kutipan sumbangan bagi tahun 2014. Bendahari menyatakan jumlah murid seramai 1543 x RM20 = RM25,000 ( dengan andaian kebanyakan ibu bapa mempunyai 1 atau 2 orang anak).
5.5                Berdasarkan kutipan tahun sebelumnya, hanya 60% - 70% sahaja yang membayar sumbangan tersebut, YDP berharap agar jumlah kutipan dapat ditingkatkan.
5.6                Guru Besar mencadangkan agar PIBG membuat banner yang mengandungi peringatan kepada ibu bapa agar melaksanan pembayaran dengan kadar segera.
5.7                Guru Besar juga meminta agar surat pemberitahuan wajib dikembalikan walaupun ibu bapa tidak membayar sumbangan tersebut untuk memastikan bahawa surat tersebut telahpun diserahkan kepada ibu bapa murid berkenaan.
5.8                Guru  Besar meminta agar Penolong kanan Hal Ehwal Murid  mengingatkan murid-murid menyediakan “buku akses” untuk memastikan semua hebahan dapat ditulis atau ditampal dalam buku berkenaan yang akan menjadi medan perhubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa murid.
5.9                Penolong Kanan Petang En.Zulkifli Amin  bin Mohd Jaini mencadangkan agar pihak sekolah menggunakan sistem hebahan melalui sistem pesanan ringkas  SMS kerana lebih menjamin tahap ketersampaian maklumat  kepada ibu bapa selain lebih efesien.
5.10            YDP bersetuju dengan penggunaan hebahan melalui sistem pesanan ringkas SMS digunakan.

6.       Perkara Perbincangan

6.1                Program Bacaton
6.1.1           Guru Besar mencadangkan agar diadakan Program Bacaton sebagai alternatif pencarian dana melalui syarikat pemaju sekitar Seri Pristana dan Saujana Utama.
6.1.2           Pn.Maizatul Akmar binti Hamzah menyatakan perlaksanaan Program Bacaton memerlukan perancangan yang rapi dan perlu dibuat dengan kadar segera kerana banyak perkara yang perlu dibuat awal seperti kebenaran pihak polis, surat siaran dan perlantikan AJK pelaksana.
6.1.3           Guru besar meminta Setiausaha PIBG menyediakan kertas kerja berkaitan Program Bacaton dan mengadakan Mesyuarat Khas untuk melantik AJK yang terlibat dengan bantuan Pn.Maizatul, Pn.Rosfazira dan Cik Huda.

                                                                                                TINDAKAN : SU PIBG DAN AJK PIBG

6.2                Cadangan Bangunan tambahan

6.2.1           YDP En. Ahmad Omar bin Yaman mencadangkan agar pihak sekolah dan PIBG dengan kerjasama NGO membuat permohonan menambah bangunan sekolah memandangkan pertambahan murid melebihi 20% setiap tahun.
6.2.2            YDP mencadangkan agar PIBG, pihak sekolah dan NGO tersebut memohon bangunan tambahan ini dibina di atas tanah kosong bersebelahan dengan sekolah.
6.2.3           En.Nadzri bin Kasmooyee meminta agar status pemilik tanah dilakukan dahulu sebelum permohonan dibuat agar memudahkan proses permohonan dihantar kepada pihak yang betul.
6.2.4           Guru Besar meminta PIBG berbincang dengan Persatuan Penduduk sekitar Seri Pristana agar menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi membincangkan dan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelajaran malaysia dengan sokongan daripada Pejabat Pelajaran daerah Kuala Selangor.
TINDAKAN :YDP & AJK PIBG
6.3                Pusat Sumber Sekolah

6.3.1           Guru Besar menyatakan “sistem software” yang akan dibangunkan dianggar berharga RM2500.
6.3.2           Guru Besar juga memaklumkan bahawa Kad Matrik yang akan digunakan perlu dibayar oleh murid dengan anggaran kos sebanyak RM12 setiap murid.
6.3.3           Guru Besar meminta agar PIBG dapat membantu dalam menyediakan perbelanjaan mendapatkan sistem tersebut.

                                                                                                                                                TINDAKAN: YDP PIBG

6.4                Aktiviti tahunan PIBG

6.4.1           Gotong royong menceriakan kelas seperti mengemas dan mengecat bilik darjah.

                                                                                                                                                TINDAKAN: AJK PIBG


6.5                PertukaranTandatangan Yang Di-Pertua dan Setiausaha PIBG dalam Buku Cek

Memandangakn Yang Di-Pertua dan Setiausaha PIBG 2014 / 2015 telah bertukar, ahli mesyuarat bersetuju untuk menukar tandatangan di dalam Buku Cek PIBG daripada ENCIK HUSSEIN BIN MOHD ARIF kepada ENCIK AHMAD OMAR BIN YUNDAN ( YANG DI-PERTUA PIBG SK SERI PRISTANA 2014 / 2015) dan ZA’IM BIN MOHD JAIS kepada ENCIK ANJIRI BIN BOLONG (SETIAUSAHA PIBG SK SERI PRISTANA 2014 / 2015).  PUAN LIANA BINTI ISHAK kepada PUAN ROSFAZIRA BINTI KAMARUDIN (BENDAHARI 2014 / 2015)


                                                                                                TINDAKAN :Setiausahadan YDP PIBG
7.       Hal-hal lain

7.1                YDP memberitahu bahawa guru yang membawa wakil “Action Song” sekolah memohon sumbangan sebanyak RM1500 ( detail perbelanjaan disertakan) akan diluluskan.
                                                                                               
                                                                                                TINDAKAN : YDP PIBG

7.2                YDP juga bersetuju untuk memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit untuk setiap acara atau pertandingan yang dimenangi. Setiap Pingat Emas atau johan sebanyak Rm30, Pingat perak atau Naib Johan sebanyak RM20 dan Tempat ketiga atau Gangsa sebanyak RM10 setiap orang.

                                                                                                TINDAKAN : YDP PIBG
7.3                 Penolong Kanan Petang En.Zulkifli Amin bin Mohd Jaini mencadangkan agar Setiusaha PIBG diberikan saguhati khas berdasarkan cabaran dan tugas yang dipikul agak berat. YDP bersetuju dan akan membincangkan bentuk saguhati yang akan diberikan.

                                                                                                TINDAKAN : YDP PIBG

7.4                Penolong Kanan Petang En.Zulkifli Amin bin Mohd Jaini juga mencadangkan agar pihak sekolah dan PIBG dapat menyediakan P.A sistem tambahan atau “speaker outdoor / Portable speaker” yang berkualiti memandangkan speaker yang lama kurang memuaskan selain penggunaan yang aktif dalam banyak program yang dikelolakan pihak sekolah seperti perhimpunan dan kejohanan sukan tahunan.

                                                                                                TINDAKAN: YDP PIBG


7.5                YDP meminta agar Penolong Kanan Petang En.Zulkifli Amin bin Mohd Jaini dapat menyediakan sebut harga bagi menyediakan  “speaker outdoor / Portable speaker” yang baik berdasarkan pengalaman En.Zulkifli dalam bidang berkaitan.
TINDAKAN :

7.6                YDP meminta agar pagar luar sekolah yang rosak diperbaiki tetapi Guru Besar menerangkan bahawa kerosakan tersebut adalah dibawah kelolaan PPD Kuala Selangor.
7.7                AJK PIBG bersetuju  kawasan meletak motosikal kekal di luar kawasan sekolah
7.8                YDP mencadangkan agar pemasangan “Spot Light” dibuat di bahagian belakang bangunan sekolah dan mengingatkan guru-guru tidak menyimpan barang-barang berharga di bilik guru atau di dalam bilik darjah.
7.9                YDP membacakan aduan ibu bapa menyatakan terdapat buku-buku kerja tambahan masih kosong dang tidak digunakan.
7.10            Guru Besar menjawab bahawa semua murid perlu membeli buku berkenaan agar lebih adildan selaras kepada semua murid. Untuk kelas seperti UITM buku-buku kerja berkenaan sebenarnya masih tidak mencukupi. Buku – buku agama pula boleh digunakan untuk sekolah agama selain ibu bapa juga perlu membantu memantau perkembangan dan pembelajaran anak masing-masing.
7.11            Guru besar juga meminta agar ibu bapa lebih bertolak ansur dengan sebarang perkara yang berlaku memandangkan guru-guru juga telah melakukan banyak pengorbanan demi kecemerlangan anak-anak murid.
7.12            Guru Besar menyatakan bahawa Kelas Tambahan tahun 4 dan tahun 5 akan bermula awal bulan April.





 8.0 UcapanPenangguhan
8.1          YDP mengucapkan terimakasih kepada Guru Besar dan AJK yang telah sudi hadir dan berharap kerjasama yang erat dengan pihak sekolah dapat di teruskn lagi.
8.3          Mesyuarat ditangguhkan pada jam 07.20 pm.


                Disediakan oleh :

                _______________________
                (ANJIRI BIN BOLONG)
                Setiausaha PIBG

                SK Seri Pristana

No comments:

Post a Comment